So many people are expecting a miracle instead of being a miracle.

Hello *batuk-batuk* anda *batuk-batuk lagi* semua *batuk tahap parah*.
As you read tadi hahaha, mak cik ni haa tengah sakit. Ni lah susahnya bila hantar adik dekat pusat penjagaan. Baru minggu lepas aku baru baik from batuk tahap berbunyi macam mesin jahit terlebih minyak pelincir. Ingatkan syukur Alhamdulillah dah okay. Tetiba 2-3 hari lepas, adik aku bersin tak berhenti-henti. Rupanya dia berjangkit dengan sorang budak yang sama pusat jagaan dengan dia. Haish! Ni hidung dua-dua tersumbat and tekak rasa, Allah je tahu betapa tak selesa-nya aku sekarang ni :(
So,
tadi aku check tweets lama-lama aku like-- back in 2011 and 2012. Oh Lord, apalah masalah aku diwaktu itu ya Allah? Buruk bebenor perangai nya -.- Patutlah ramai orang tak suka perangai aku dulu LOL.
Tapi I'm quite bersyukur lah kan dapat record-kan perangai-perangai aku dengan kengkawan aku kat sini :) But aku tak tulis banyak pasal form 4 and 5, sebab?
I know kat situ ialah stage yg sangat tough for me to handle it. I mean, my old friends, my new friends, semua dah berubah. Tak semua benda se-senang zaman PMR. So, I decided to just leave it blank.
Plus, last year busy gila nak mati okaaaayyy.....
Busy fangirling and wasting my time obsessing over 1D lah, apa lah. Ni pun, pejam celik, pejam celik, aku dah nak ambil lesen. Pejam celik, pejam celik, nanti results SPM dah nak keluar.
Lepastu apply kolej. Masuk tempat belajar yang bapak besaaar gila, and seeing banyak gila orang yang kita langsung tak kenal. Boleh ke aku bawa diri ni? Mana tahu tempat yang aku nak belajar tu so far away from my house sampai aku kena stay situ..
Okey ke Mak Ayah Adik-adik aku kat rumah tu? Boleh ke aku hidup tak ada kawan? Oh wait, ada ke orang nak kawan dengan aku? Sure orang tu rasa disgusted en kawan dengan aku? Oh jap, first kena cari bilik ni. Eh kejap, amenda peta kolej ni merepek ni? Ni tingkat berapa ni? Aku dekat mana ni? Ya Allah!! Boleh ke lah aku bawak course yang aku nak? Kau betul-betul minat ke weh dengan course ni? Tak menyesal ke kau nak belajar bertahun-tahun dengan course ni?
this is one thing I really hate about myself.....
I overthink about my future banyak sangat. Like seriously, banyak gila. I should just stop lah, but I can't....
Seeing my friends ALL pergi kerja, ada yang satu tempat kerja, balik pun still tweet each other, and here's me.... being a loner. Tweeting pictures of people yang tak pernah tau kewujudanku. Haih!
Oh!
Dah genap 2 weeks aku jog di awal pagi and syukur Alhamdulillah, turun 3kg :) InsyaAllah kalau tak ada halangan ke apa, this week nak register ambil lesen. Lepastu this week nak balik kampung. Bila dah balik kampung tu, mesti banyak hari skip jog oh. Pastu mesti naik tahap dewa punya. Sia-sia sahaja usaha kerasku, cis!
Btw,
I watched Frozen and guess I'm addicted to that "Do you wanna build a Snowman" -song. Frozen is the best lah weh :) Tak banyak Disney Movies nowadays yang ada quality. Like, aku tak pernah tgk Aladin, Beauty and The Beast, apa lagi? Lady and the tramp? something liddat ah en. Lepastu.... Sleeping Beauty... Semua tu aku tak pernah tgk. Simba, apa, Lion King? Haa tu lagi lah.
Almost 2 AM dah ni.
Esok nak bangun awal, solat, nak jog lagi, nak kemas rumah lagi. AHHH! Kaylah, nak pergi cari ubat batuk yang boleh ditelan sebab dah parah sangat tekak aku ni. Harap tak menggangu sesiapa dalam rumah ni lah kan batuk aku ni.
and tetiba terasa nak pasang CD "Boys Over Flowers" dekat bilik aku pulak :( Rindu Gu Jun Pyoo and Geum Jan Di lahhhh!! Esok je lah, lepas balik jog kan??? HAAA, Good idea!!!
Byeeeee xx
0 comments