Do your best and leave the rest to Allah The Almighty

by - 5/03/2023 03:49:00 pm

 بسم الله الرحمن الرحيم
𝘐𝘯 𝘵𝘩𝘦 𝘯𝘢𝘮𝘦 𝘰𝘧 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩, 𝘛𝘩𝘦 𝘔𝘰𝘴𝘵 𝘎𝘳𝘢𝘤𝘪𝘰𝘶𝘴 𝘢𝘯𝘥 𝘛𝘩𝘦 𝘔𝘰𝘴𝘵 𝘔𝘦𝘳𝘤𝘪𝘧𝘶𝘭


Haluuu haluuuu semuaaa 😸

Ramai yang terkejut serta merasai sendiri ya betapa panas juga sensasi Teh yang ditumpahkan semalam 👻

Pertama sekali, Sis nak ucapkan ribuan terima kasih dekat kawan-kawan yang sangat concern on how we are doing at the moment. Alhamdulillah, kami sekeluarga dalam keadaan yang baik-baik. Yang bertanya how was my Husband after Hamba Allah yang Maksum tu Tibai 'secara berseorangan' tu, terdapat sedikit kecederaan kecil berlaku pada Suami saya.
I wanted to proceed with Police Report on that Bro Maksum tapi Sis very the pity to his Pregnant Wife during that time and how stressful she was masa tu..



Dengan izin Allah, dlam masa 2 hari ni.. Terdapat 334 jumlah pembaca yang dah pun mentelaah serta memahami situasi yang pernah melanda keluarga Sis bebaru ni.


Kita buang yang keruh, kita ambil yang jernih ya gais..
Ambil pengajaran yang baik-baik sahaja, sebab yang baik dtang drpda Allah dan yang buruk tu datang drpda diri kita sendiri 😌

In my latest post I did mention that I wanted to spill apa yang Dear Lady dah buka Pekung Suami nya sendiri di belakang Suami nya kepada diri Sis, tapi after rethinking it back. No.
Saya bukanlah se-zalim seperti Suami beliau untuk bertindak to that lowest of low 😊
Dia boleh teruskan untuk mengata, menyindir, mengutuk, mengeji, mencaci, menyumpah-seranah kami sehingga lah Isteri beliau ada 3 dan anak beliau total semuanya 16 sekalipun. Tapi, itu bukan diri Saya untuk ikut sama jejak langkah beliau jadi cenggitu.

Tho me & dear Lady sekarang is havin a Bad Blood, I still have that 1% of respect towards her and our entire 15 years of Friendship. Kita buka 1 Aib dia, nanti takut besok-lusa Allah buka 10 Aib kita. Jadi, saya serahkan kepada Allah untuk tugas yang seterusnya.
Mungkin Allah takkan uji dia dari segi pembukaan Aib dia/suami dia.. Mungkin dari segi Kewangan? Mungkin dari segi Kesihatan? Ataupun mungkin dari segi Zuriat yang bakal lahir ke dunia tu? Itu semua rahsia Allah, bukan? Jadi kita biar Allah settle-kan the rest for us.

After the day that Bro Maksum tu Bantai laki Sis,
I was already typing a long ass WhatsApp message yang bakal Sis tekan send to Dear Lady punya Ibu, Ayah serta Mak Long dia. Sebab I was so mad that a Husband with a Pregnant Wife boleh disrespectfully keluar memalam & bantai laki orang.
I was shaking kaww-kaww untuk tekan 'send' tapi lepas istighfar byak-byak, lepas tgok muka Anak Sendiri and berpikir bakal Anak dia yang akan keluar ke dunia tu nanti... You know what, baiklah kita tunggu dulu until I'm at my sane state 😌

Sekarang ni, since Allah pun dah letakkan sis di stable state where I can understand and carefully analyse betul-betul this whole situation... Rasanya, I should contact her parents andd confront apa menantu dia dah buat sewaktu Anak Perempuan beliau sedang mengandung. At least, they are aware lah dengan apa yang terjadi sampai friendship 15 tahun anak mereka dengan Sis terputus sebab apa 😊

Mak Long dear Lady pun ada juga dah datang 2-3 kali ke rumah Sis untuk tengok anak sis.. Dah 2-3 kali tu jugak lah Sis hampir dah nak keluarkan psal apa yang Dear Lady dah lakukan sampai Suami sis di-label Penyondol Isteri orang and kena tibai dengan Suami Dear Lady. Allah je tahu betapa panas muka sis menahan daripada terus tersembur keluar kata-kata cerita tu ke Mak Long dear Lady... Sebab before Dear Lady nak mendirikan rumahtangga beliau dengan Hamba Allah yang Maksum tu.. Mak Long dear Lady kata dia tiba-tiba terdetik di hati untuk call Sis and tanya kenapa mental health Dear Lady pada waktu itu jadi mcam gitu sekali. Dia kata dia dapat rasa, Sis ada jawapannya. We had deeper conversations since then & Mak Long dear Lady pun was very shocked bila dapat tahu what made her mental state jadi cenggitu. Ever since that deep conversation we had, we became very open to talk to one another. Mak Long dear Lady tu macam dah jadi my 3rd mother (arwah Mak yg pertama, my MIL is the 2nd). 
So, 
I have been thinking banyak kali juga to call and talk about dear Lady punya case ni to her and also to inform her that lepasni, Mak Long dia will no longer see me around dear Lady's family. The last telephone conversation I had with her Mak Long kan, 3 jam lebih Mat 😅 Dia sayang anak buah dia macam anak sendiri. Thus, she really cares and love for her. To cut story short, Mak Long dear Lady aware je the behaviour and the Maksum-ness of Dear Lady punya Husband 😊

Jadi, what do you guys think..?
I mean, I dont want her to be so shocked sampai overthinks about this sampai berhari/berminggu. Especially, dear Lady's punya Mother. Sis boleh predict sangat-sangat dah, how she is going to react after Sis gonna tell this story to her. 
Sebab in the end, Mak Ayah & Mak Long dia akan tanya punya, kenapa kitorang boleh end-up jadi mcamni... So, cemana gais..? Should I go and talk to them? Atau let it go?
Kalau Sis let it go kan gais, aku rasa semua member-member Dear Lady boleh agak, apa yang dia akan twist & tell dan buat kita semua nampak mcam WE ARE THE PROBLEMS. Mcam yang dia buat dekat kawan-kawan dia yang sebelum-sebelum ni laa... 
Lepas dah tahu nanti, pandai-pandai lah semua tu settle dengan Son in Law dia.. Sebab during that time, Sis dah takda apa friendship dah dengan anak perempuan dia.. Anak lelaki dia, still remain ya sebab we both pernah worked together in a company ✌🏼

Takpalah... Kita letak tepi dulu yang tu, & rethink semula wisely.
Takut lain pula yang jadi nanti... Takpa, nanti kita minta Allah jalan.

Moving on...

Persoalan-persoalan yang Sis dapat melalui WhatsApp messages serta Insta's DM :




  • Suami perempuan tu dia bantai suami kau beramai-ramai ke? 

    - Itu, kena tanya Hamba Bro yang Maksum tu. Sebab dia dealt with my Husband nak jumpa by 1, tapi end up lebih dari seorang dragged him in the car, dan memulakan sesi physical attack tersebut.

  • Suami kau cedera tak weh kena tibai dengan bangsat tu?

    - Beliau mengalami kecederaan kecil je. Yang kecederaan besar nya adalah pada Aku. Gua emotionally damage~ Sebab, kalau aku tahu dia heret member-member dia yang lain.. Dah lama aku suruh dia heret & angkat aku sekali masuk kereta dia (itu pun kalau dia larat laa Mat nak angkut aku berbadan tong gas ni). Walaupun aku seorang wanita tapi insyaAllah, kalau aku duduk je atas muka 'tak kemas' dia tu.. Aku gerenti 15 saat je weh, Malaikat Izrail akan terima job mengejut untuk ambil nyawa Mamat tu. Tak memasal menjanda awal lak Isteri dia kang.

  • Kenapa kawan kau tu menari mcam gitu weh depan fon kau? Sedangkan dia sedar & tahu yang kau tengah ber-VC dengan Boyfriend kau time tu? Dia nak attention daripada Boyfriend kau ke weh waktu tu? Sebab mcam tak normal je nak menari-nari mcam tu depan Boyfriend orang?

    - Kena mesej Dear Lady untuk tanya benda tu. Mungkin cita-cita beliau nak jadi Penari Kpop tapi tidak kesampaian 
    🤔 Ada yang kata beliau suka berkelakuan 'manja' di hadapan para lelaki (sewaktu kolej) dulu. Ada juga rakan-rakan yang lain kata beliau memang suka akan perhatian dari pihak lelaki, jadi menari itu sudah menjadi perkara biasa.

  • Kawan kau tu memang Porn addict ke sampai takda timbul rasa malu to watch that kind of videos di hadapan dan kehadiran lelaki ajnabi lain?

    - Waullahualam, Sis. Maybe dia rasa that was just some random act yang she can do in front of her friends-- tanpa rasa segan-silu. Maybe she did not expect dia akan make a guy turn-on by watching it like that, tapi tu lah... Waullahualam.

  • Kenapa kau tak filed for a police report & saman je laki bini tu? Kutip lah ribu-ribu sikit drpda bank akaun dorang from this damage that they had done.

    - I wanted to file for a police report & sued her Husband, tapi I know how bad their financial situation is. Dear Lady kata suami dia sampai kena buat 2 kerja to tampung their marriage life and commitments. So, I do not want to add another burden by getting thousandssss of their money yang depa dah penat-penat earned pagi, petang, siang malam tuu. Pakailah duit tu sebaiknya untuk sambut kelahiran anak dorang yang akan datang ni nanti.

  • Bini dia dah mengandung ke waktu Suami dia keluar pergi Pukul suami kau tu? Dia tak takut ke risiko yang dia kena tanggung masa nak beranak nanti? Tumpah darah, ditidurkan, belah perut, jalan susah nak buka, baby dah berak, etc. ?

    - Sudah. She was in her early trimester pada waktu itu. Suami nya pun aware yang isteri nya sedang mengandung waktu tu. Suami dia Nabi kan? Maksum. Buat apa nak takut dengan semua tu. Kita semua jangan acah jadi terpaling makan garam nak takut-takutkan dia. Kalau ada komplikasi pun nanti, pandai-pandai lah suami dia seluk pakai tangan sendiri bawak keluar Anak dia tu. Suami dia Nabi kan, mestilah ada Mukjizat sendiri iya dokk?

  • Kenapa part yang ada Perempuan lain punya notification masuk dalam fon Isteri dia tu, dia blamed suami kau? Suami kau pun ada affair dengan perempuan tu ke sampai Suami dia heret Suami kau bersama-sama dlam kes tu?

    - Based on Dear Lady punya cerita dekat Sis pada waktu itu... Dorang ada akaun masing-masing dekat henfon masing-masing. So, Dear Lady punya fon tu ada akaun Husband dia. Dear Lady tidak bersama Sis pada waktu kejadian tu berlaku, tapi she reached out to me soonest bila dia nampak notification Chat perempuan tu muncul di skrin telefon dia. Dear Lady dah tekan DM yang dihantar oleh Perempuan itu, tapi Dear Lady kata terlalu pantas mesej tersebut hilang/dipadam. Jadi, Dear Lady felt suspicious about it & rasa mcam boyfriend dia (at that time boyfie laa kan) sorok something 'big' from her. Since boyfriend sis waktu itu berada di atas laut bersama-sama dengan Boyfriend dia, Dear Lady pun decided to whatsapped my Boyfriend untuk bertanyakan tentang hal tersebut. Bro Maksum mula marah akan Boyfriend sis, sebab Awek dia contacted Laki aku untuk bertanyakan tentang itu. 
    JADI AKU PUN SEBENARNYA TAK FAHAM, Kenapa dia nak marah laki aku sedangkan your Dear Lady yang caught you red handed 
    😅
    Sehingga sekarang, Dear Lady masih tidak tahu isi kandungan DM yang dihantar ke instagram bro Maksum tu. Kalau Dear Lady sendiri taktahu, apakan lagi kita-kita ni haa.. Tapi the way he got all flustered over my Husband siap dok balik-balik ungkit "Ini dah kali ke-2 tau kau buat taik dengan Aku!!! Haritu, kau buat aku gak!!!".
    Korang tak rasa fishy ke..? 
    🤔🤔🤔
    Suami aku sampai ke harini masih jammed kenapa Mamat tu marohhh beriya ke dia sedangkan Bini dia yang nampak sendiri chat tu terpacul depan lockscreen dia. 
    Ada sesiapa kenal ke perempuan tu? Dear Lady kata, dia budak Kolej FIM jugak. Mungkin, wanita tersebut boleh tampil & beri penjelasan kenapa laki saya terbabit sama dalam kes mereka ni. Saya ke-confuse-an, kenapa chat muncul di fon Dear Lady tapi Laki Sis pulak dihambur nya api kemarahan. Pelik bin Ajaib nii 
    🤔


  • Kenapa Bro Maksum tu masih menyalak tak henti selepas dia sendiri declared 'SETTLE' bila dia balun suami kau weh? 

    - Entahlah, Nak.. Mungkin memang sifat beliau untuk menyerupai 'haiwan' itu kot nak bark-bark sana sini. Mungkin dia dah letih menjadi seorang manusia & ingin mencuba jadi 'haiwan'? Waullahualam. Mungkin juga itu memang the way he was raised to be? Kecil-kecil dulu tak dapat tibai orang, dah besar ni baru lah boleh pegang title Abang Long Kawasan Shah Ale. Mungkin juga memang culture serta legacy beliau sebegitu? I mean, imej Bad Boy tersebut lah yang rakan-rakan Kolej dear Lady kata buatkan Dear Lady jatuh hati pada beliau. Rupanya, bukan sekadar imej Bad Boy. Kaki Pukul rupanya 😂 
    Kita sama-sama tadah tangan & doa lah ya, dia tak luaskan empayar pemukulan beliau tu terhadap Anak Isteri dia nanti. Mana tahu waktu tu gian nauu nak pukul orang, tapi takda orang yang dia boleh cari pasal..? Nauzubillahminzalik.

  • Kau gelarkan dia Maksum-maksum & Nabi ni, sebab dia Mualaf ke weh? Dia bukan originally Islam ke?

    - Dia Islam (the last time I checked), bukan Mualaf. Aku gelarkan dia Nabi dan bersifat Maksum sebab itu lah memang diri nya pun. Beliau seorang yang suci dari melakukan dosa, tak pernah ada Zaman Gelap, Berakhlak mulia dan selalu melemparkan kata-kata yang mulia sahaja daripada mulutnya, Sifatnya terpuji di kalangan sahabat-sahabat beliau sehingga dijadikan Contoh orang ramai pada zaman ini.. Itu lah beliau, Suami Dear Lady iaitu Hamba Allah yang Maksum.

Jadi itu lah gais serba-sedikit soalan-soalan korang yang Sis kumpul & boleh jawab.

Dukacita dimaklumkan, saya tidak akan spill teh-teh yang Dear Lady pernah buka pekung Suami nya di belakang Suami nya kepada Sis. Sebab, I dont want to go to that lowest of low. Sorry to disappoint my readers sebab takleh nak hidangkan teh-teh panas yang lain seperti I mentioned in my last recent post.
Kita yang berakal, Muslim/Muslimah yang beragama Islam, waras dan Merdeka ni,
sama-sama lah kita menilai sendiri mana yang baik dan mana yang buruk dalam keseluruhan Drama Kisah Benar ini.

Apa segala tomahan, cacian, makian, sumpah-seranah yang Suami Dear Lady lemparkan serta yang masih on-going itu, KITA BIARKAN.
Di saat nyawa kau dah sampai Kerongkong nanti dan kau masih Ego serta berasa Benar atas apa yang kau dah buat terhadap kami sekeluarga, TANGGUNGLAH SENDIRI akan Azab Sakaratul Maut tersebut.
Di saat Isteri kau bertarung nyawa nak bawa Zuriat engkau lahir ke dunia nanti & mengalami sakit yang tak terhingga sampai kau taktahu apa yang kau patut lakukan sebagai seorang suami, flashback lah semula akan apa kelakuan-kelakuan keji yang kau dah buat/ aniaya kami sekeluarga.
Di saat kau clueless akan musibah Allah turunkan ke Anak Isteri kau nanti, sedarlah bahawa itu Doa hamba Allah yang Hina ni untuk pertukaran betapa Sakit nya hati aku atas perbuatan yang kau dah buat terhadap kami semua.
  

Jika Allah takdirkan kau dalam keadaan Bogel pakej sekali sejengkal Matahari atas kepala engkau dan merangkak-rangkak kehausan untuk mencari Aku, Suami aku serta Anak aku di Alam Barzakh untuk meminta keampunan, ketahuilah kau pada waktu itu yang rupanya; Allah, Islam dan Azab Allah itu WUJUD DAN BENAR BELAKA.
Aku percaya Kifarah Allah tu benar, Aku beriman dengan Qada' & Qadr Allah.
Allah dah tulis semua ni untuk kami, jadi Aku redha & Aku ikhlaskan semua ni.
Aku bukan Nabi yang Maksum seperti engkau untuk semudah itu memaafkan benda ni.
Jadi, aku akan bawak benda ni sampai ke Liang Lahad aku; Betapa sakitnya hati aku & takboleh terima apa yang kau dah buat dekat Family Member aku.

Buat Dear Lady yang masih saya Hormati sehingga kini....
Terima kasih untuk happiness serta bermacam-macam lagi memories yang we created during these 15 years of Friendship. I learned a lot of things from you & I used to look up to you as an older sister. You were there at my worst, during my bad times and my happy times. I am very grateful sangat-sangat Allah pinjamkan kau selama 15 tahun untuk menjadi my unbiological sister throught half of my life on thi Dunya.
Dari kita sekelas waktu Darjah 6 sehingga lah kau dah pun membesar perut bawa Zuriat yang kau idami. I am very proud of you and always will.
We had our ups and downs, dan kita berjaya tempuh segala-macam rintangan dlam persahabatan kita... Tapi kali ni, Allah tak izinkan kita tempuh benda ni sama-sama & parted to our own ways.

Aku dah tolong cover untuk kau sehabis baik dah daripada membuka cerita apa sebab Laki kau panggil Suami aku Penyondol Bini orang... Tapi, Nasib tidak menyebelahi kau weh. Sources came to me yang Suami kau suruh aku jangan takut-takut buka Cerita tu untuk tatapan umum. Jadi, aku akur akan permintaan Suami kau untuk berbuat demikian. Kini, we have no choice but to leave it to the rest untuk nilai sendiri siapa penyondol, siapa menyundal, siapa sundal, siapa pemukul, siapa dipukul, siapa dianiaya. 
Kau sendiri tahu, dari zaman Sekolah lagi penulisan-penulisan aku dekat Blog ni semuanya berlandaskan kejadian serta fakta yang betul. Tiada tokok tambah mahupun twist & turn to make it nice. You were 1 of my early Blog readers dulu, so aku tahu kau aware dengan benda tu. Kau pun tahu, rakan-rakan sekolah kita, serba-sedikit rakan-rakan kolej kau, sepupu/saudara kau juga turut bersama membaca Drama dekat Blog aku ni.. Your man asked for it and now he got it. Aku takboleh ubah persepsi rakan-rakan / orang sekeliling kita yang lain atas kejadian ni, sebab kita sendiri biarkan dorang menilai sama ada betulkah Laki aku menyondol bini Suami kau, ataupun kekhilafan tu datang dari sudut yang lain.. 
Suami kau mungkin berpikiran yang aku Takut dan kononnya Malu yang suami aku Menyondol Bini dia... Tapi tidak sebenarnya.... Aku segan bagi pihak kau. Aku nak jaga air muka kau sebagai Sahabat aku untuk 15 Tahun. Tapi aku tewas gak weh..

Last but not least kan Dear Lady,
I know you are going to be a Great mother to your Child.
Doa dekat Allah banyak-banyak ya weh, supaya Allah kurniakan Hidayah buat Suami kau & buang peranga jahil dia tu terhadap orang lain. Raise your child to be the best Khalifah Allah supaya dia akan jadi penyebab untuk tarik Kau ke Syurga Allah.
I am so sorry that our friendship come to an end mcam gini & bukan secara baik.
Moga Allah bagi Sinar Baru dekat kehidupan kita lepasni, ok..

Buat Bro Maksum,
Bro boleh teruskan meroyan sana-sini pasal Saya, Suami saya dan Keluarga Saya. I do not wanna be like you and be on the same level of pettiness macam you. You can be pathethic and childish all alone, tapi aku taknak join sekali dah jadi petty. Just a recap of Basic Fikh in Islam.. Nanti Bini bro dah beranak, Bini bro berpantang 45 hari tapi Bro tu kena berpantang dari menggauli isteri bro selama 90 hari tau. Ini bukan Garam aku makan ke apa, tapi ini Al-Quran yang ajar tau bro. Jadi, bro jangan meroyan lama-lama sangat... Takut nanti terlekat betul meroyan tu masa 90-days of your wife punya Postpartum phase tu. Mcam aku cakap dalam post yang lepas-lepas laa... Aku ni cakap/ pesan, BERSEBAB. Sebab aku tahu, akan dilanggar juga benda tu kelak. Dah nak jadi Ayah dah kan..? Apa kata you spend masa-masa terluang kau tu mentelaah ilmu Islam dlam persediaan menimang cahaya mata & menjadi Bapa daripada berkata kotor/kesat mengenai orang lain. Belajar yang basic-basic je pun, okay dah weyy.. Mcam mana nak basuh uri Bini kau, apa yang perlu kau baca waktu membasuh tu, mcam mana nak azan/iqamat dengan bacaan yang betul waktu menyambut kelahiran anak tu, apa itu mandi Wiladah dan Mandi Nifas, apa itu Baby Blues... Semua tu basic Fikh Islam weh. Aku tahu kau Nabi dan Maksum, jadi benda-benda gini dah sebati dalam darah kau.. Cuma aku nak kau recap je sebab semakin dekat dah kan? Buat persediaan awal, takda lah nanti ter-Takbir Raya pulak dekat telinga Anak 😅

Akhir kata,
Tahniah buat kedua pasangan ni sebab berjaya meraih perhatian daripada 300++ lebih pembaca di Blog saya 👏🏽👏🏽👏🏽 Selama ni memanggil-manggil dengan kuat betul diri saya ni untuk memberikan attention kepada dia.. Jadi, kita beri lah sikit depa berdua ni tumpang populariti di Blog ni haa..
Whatever that has been posted on the internet, will stays on the internet FOREVER.
Nanti, kalau rindu-rindu nak cari pasal dengan Keluarga Orang, terasa rindu-rindu akan zaman memukul orang, rindu-rindu nak bgtahu satu Malaysia yang Bini dia disondol; Boleh laah datang kesini, melawat-lawat. 
Blog ni pun dah bertahan lebih daripada 14 tahun dah.. Jadi, InsyaAllah... Nanti anak kau nak buat buku Skrap sekolah pun, dia boleh search gambar Mak dia yang lelama dekat dalam Blog ni 🫶🏽 Pada masa yang sama, boleh laa Anak/ Cucu-cicit kau baca legasi-legasi terhebat kau pernah buat dulu.. Tak perlu dah lah kau cerita susah-susah. Kau hulur link je, settle kerja kau.
Aku rasa aku pun nak hulur link je dekat Mak, Ayah, Mak Long Dear Lady ni untuk terangkan kenapa persahabatan kitorang dah musnah... Mudah sikit takpayah nak cerita dua tiga empat kali.

Let us all continue living our life mcam biasa lah ya, lepasni~
Nak meroyan ke apa, sila lah buat sorang-sorang.. Sebab I dont have the energy to entertain and give you the attention anymore. Sis ni bukannya influencer, boleh terus naikkan nama korang laki bini sekaligus. Setakat 200-300 orang pembaca tu, mampu lah aku. 
To myself, my family members and my beloved friends semua...
Lantak ke depa lah nak ungkit & bising-bising benda ni lagi ke apa dekat Elon Musk sekalipun. Besok, dah ada anak, senyap sunyi sepi lah tu dua ekor tu nanti. Jadi, biarlah depa enjoy dulu sesi meroyan kat sana selagi belum bergelar Ibu & Bapa ni.
Pasni dah busy kena basuh berak anak, buat susu, ajar anak Mengaji, nak Qiamulail anak Bini apa semua lagi... Takda dah masa depa nak merentan sana sini.
Semoga Allah kurniakan Hidayah & sabr buat mereka, Amiiinnn ya rabbal alamin.

Assalamualaikum & have a nice day semua 🥰

You May Also Like

0 comments