I'm not lucky. I'm blessed.

by - 5/19/2014 12:55:00 am


Hi, wey-heyy, hey-ho, hello there.

Taktahu nak start from mana, taktahu mana satu A and tak tahu mana satu B, mana satu C or D. So, main cerita je lah ya?

Ok,
esok pukul 9 pagi last class driving and then dah boleh angkat itu QTI. Lepastu dah boleh gerak JPJ.

Best ah jugak belajar drive. Maybe sebab cikgu best kot? Mr. Khoo nama dia. Best ah dia tu, taktahu nak cakap ke-Best-an dia. Slow and steady je dia.
Lesen L aku ada kat driving agency tu punya tempat, so takdapat nak pegang sepenuhnya lagi lesen L ku itu :( Tapi, dapat snap gambar ah HEHE

Boleh lah, lepas rindu hahahaha.
Nak pegang yang real one, ta dapat. Tatap gambar je pun jadilah :P

Anis and Aziee dah masuk hostel dorang dah petang tadi. Ni mesti sekarang ni masing-masing busy bergelak-tawa sambil aku perlahan-lahan menyesuaikan diri untuk tak Skype dengan Anis :(
Anis ah ni, dulu mula-mula ajak Skype apa semua. Tetiba dah jadi mcm satu habit tiap2 malam, kitorang skype sampai pagi. Haritu paling lama pun 22 hours and 53 mins. Nampak parah dia? Nampak tak??




Harap dorang dua tak lupa lah aku di sini haa. AMIIN~


Okay, mari kita ke segmen flashback dan future hahaha.
Masa UPU haritu memang resah and gelisah gila babeng ah. Tetiba dapat result "Dukacita dimaklumkan blablabla", hmm memang seronok kena reject dengan UiTM macam tuu... Memang takda mood langsung ah petang tu lepas check UPU. So, aku pun tiduuur.
Mak aku cakap it's up to me lah kan sama ada nak sambung Swasta or still nak rayu UiTM. Dia galakkan untuk sambung MSU. So, kitorang pun week after that busy isi form MSU apa semua. Sabtu haritu, 22hb Mei sepatutnya gerak MSU dah untuk pendaftaran semua. Jumaat, which was 1 hari je before nak daftar kat MSU, tetiba dapat text:


Memang time dapat text from Karangkraf ni rasa nak melompat, menari, gelek, menjerit, semua ah ada. Ingatkan Karangkraf dah cancel dah nama aku sebab ingatkan time tu aku mohon untuk UiTM. Lupa pulak ada mohon untuk Unisel. So, aku bagitau ah counselor aka orang yang in charge untuk hari pendaftaran aku kat MSU tu yang aku terima biasiswa from Karangkraf. But of course lah kan, they'll try their best lah untuk not to accept others punya scholarship. Dia kata, "Takpa, sabtu esok datang je, kita boleh bincang. Sebab kitorang pun ada Scholarship jugak. Lagi banyak kot dari apa yang dorang tawarkan..." and aku pun cam "Haa, yelah... ya ya.."
Tapi tak datang pun HAHAHAHA.
Jumaat tu gerak Kumpulan Media Karangkraf punya tempat kat Shah Alam tu sebab nak collect surat tawaran. Ingatkan collect cenggitu je. Rupa-rupanya dia siap ada orang tolong terangkan secara terperinci lagi pasal Biasiswa Karangkraf ni.

Time tu memang macam-macam tengah bermain di fikiran ah wa cakap lu.
Boleh ke bawak foundation in management ni?
Okay ke UNISEL tu? Dapat kawan yang baik ke kat UNISEL nanti?
Apa jadi kalau fail doh? Boleh ke aku betul-betul faham apa aku belajar nanti? Boleh ke aku masukkan semua maklumat ni dalam kepala otak aku? Ni bukan macam High School dah tau, ni Universiti weh. Boleh ke faham apa yang lecturer semua terang kat dalam class? Boleh ke get along dengan orang-orang kat sana?



Hah?! 21 Mei UNISEL punya pendaftaran??!
Ahh sudah! Next week lah ni?
I mean... this week.... Ni dah Isnin... Esok selasa. Lusa dah Rabu HMM

Taktahu lah oh sama ada nak kena terus bawak bantal apa semua masa pendaftaran tu. Sebab aku tgh ZERO preparation ni, nak duduk asrama UNISEL.
Harini memang down gila lah aku.
Sedih, sebak, takut, nervous, semua ada.

Sedih sebab nak tinggalkan keluarga and belajar jauh kat Shah Alam.
Sebak sebab kenangkan Mak aku yang selama ni tak pernah berjauhan dengan aku. Paling lama pun 2-3 minggu je berjauhan. Tak camp, balik kampung. Tak balik kampung, camp. Tu je lah.
Takut tak boleh sesuaikan diri and takboleh bawak course yang aku akan belajar ni.
Nervous nak masuk UNISEL sebab weh cmon ah, UNIVERSITI SELANGOR kot. Universiti tau. Bukan kolej. Nama je dah GAAAHHH!

Tadi pun, time aku tengah tengok TV. Well, takdalah tengok sebenarnya. Kepala tengah pusing fikir pasal university life. Ayah aku tetiba cakap, "Daaaaah takda Ain lepasni kat rumah".
Ayah aku ni memang en? Memang pandai buat aku sebak.
Memang rasa nak berjurai dahlah air mata den kek situ tapi wa macho maa, mana boleh nangis. Hahahaha macho lah sangat. Nak bet nanti masa mak ayah aku hantar aku dekat Hostel, air mata aku laju macam air terjun kat Ulu Yam? HAHAHAHA.
Serious tak pernah berjauhan dengan mak-ayah aku oh.

Mesti susah en bagi mak ayah aku nanti? Asal nak ke dapur je, ternampak pintu bilik aku yang berkunci yang mereka sendiri tahu, anak dia takda kat dalam tu. Anak dia tak ada kat dalam tu bukan untuk sehari, tapi untuk sepanjang Program foundation aku dijalankan. Sure sedih en? Tenuuung je pintu bilik warna maroon aku tu, haih. Nasib Allah kurniakan diorang 2 orang lagi cahaya mata, takda ah diorang sedih sangat bila aku takda. At least, they have something to keep them busy from termenung je pasal aku. I will never tell my mum that aku lapar macam nak mati. Aku tanak bagi dia risau.

Aku tau, lepasni kalau sakit, dah takda dah orang nak look after me like before. Sebelum ni, aku pening sikiiiit je, ayah aku dah "Pergi mandi, basahkan kepala. Ambik panadol sana, minum air. Pergi barang, rehatkan badan...", aku tahu lepasni dah tak dengar dah benda tu kat Asrama nanti.
Aku tahu nanti lepasni dah tak dengar "Along dah sihat? Kepala dah okay? Demam dah kebah? Dah? Nak mak bawak pergi clinic tak?", aku tahu dialog tu pun aku takkan dengar dah kat asrama nanti.
Sakit apa semua, tanggung ah sendiri.

Paling aku rindu nanti, mesti dialog Ayah aku.. "Dah solat? Betul ke dah solat ni?". and tak ketinggalan, dialog mak aku "Bangun long, ambik wudhu', solat. Bukannya makan banyak masa pun. Duduk hadap telefon tu, main internet berjam-jam boleh pulak?". Astaghfirullahhalazim......

Aku mesti rindu punya kacau/sakat adik-adik aku. Aku mesti rindu punya nak buat one of them menangis. Aku mesti rindu punya nak dengar ketawa diorang. Aku mesti rindu punya the way Alisha panggil aku "tatak ayin". Aku mesti rindu punya bila Ariana kapai-kapai tangan dia suruh aku dukung dia.



Ya Allah ya tuhanku,
kau jagalah mereka sepanjang aku berada di sana nanti ya Allah. Kau kurniakanlah kesihatan yang sihat walafiat kepada mereka ya Allah sepanjang aku menuntut ilmu di sana. Kau permudahkan lah segala urusanku untut menuntut ilmu di Universiti itu nanti ya Allah. Kau terangkanlah hatiku untuk menerima ilmu pengetahuan di Universiti itu nanti ya Allah. Kau izinkanlah aku untuk mencapai target pelajaran ku ya Allah. Kau izinkan lah aku menjadi orang yang boleh mengubah nasib keluarga ku yang baik untuk dijadikan lebih baik ya Allah. Kau izinkan lah aku menuntut secebis ilmu mu daripada seluas lautan ilmu mu ya Allah. Kau pertemukan lah aku dengan pelajar-pelajar yang baik-baik belaka ya Allah. Kau jauhi lah orang-orang yang tak diingini dekat denganku sewaktu ku di sana ya Allah. Kau lindungilah aku daripada terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang tak berfaedah dan maksiat ya Allah. Kau kurniakanlah aku kekuatan dan kerajinan untuk beribadat kepada mu dan menuntut ilmu mu ya Allah. Kau jauhilah perkara-perkara yang tak diingini berlaku kepada ku ya Allah. Amin, amin ya robbal alamin.

You May Also Like

0 comments