The best way to predict the future is to invent it.

by - 3/05/2014 02:09:00 am

via krystals | via Tumblr

#Nowplaying - Airplane by f(x)

Dah 3 malam dah Skype dengan pekerja tanam anggur, Anis ni hah. And dah 2 malam jugak ah dia tidur dulu before aku, haih.
Ni pun dia tengah busy on da phone dengan kekasih hati dia, lulz. Tunggg ahhh, ada orang minat. Aku ni pun, tunggu G-Dragon atau T.O.P turun dari langit ke riba aku. Which is semua orang tahu yang tu takkan pernah berlaku punzz..

Tak tahu lah apasal aku punya test computer kena tangguh Ahad depan. Orang, seminggu lepas dah gerak ceramah tu, dah gerak computer test. Aku ni, dah nak dekat 3 minggu jugaklah aku rasa, tak ambik ambik lagi computer test :(
Rasa bangang kuasa 3 gila ok. Semua orang dah busy tweet gambar hang out dengan kawan dalam kereta lah apa lah, haishhh... Tunggg ahhh, kaya. (takda kena mengena, lol)

"Ya Allah ya tuhanku, izinkan lah hamba-mu sorang ni memenangi sepasang ticket ke fan meeting G-Dragon, Taeyang dan Seungri yang akan berlangsung tak lama je lagi ni. Bukan niat nak melakukan maksiat, cuma nak melihat dari jauh je. Insya-Allah, dapat menenangkan hati daripada twenty-four seven risau pasal results SPM nanti. Kau kabul-kan lah doa hambamu ni ya Allah, amiiinnn yaaaa robbal alamin.."

Masuk tadi, dah 2 contest fan meeting GD dah aku masuk. Insya-Allah lah kot, ada rezeki, menang :/ Amiiinnn~
Sure rasa devastated tahap gaban en kalau tak menang tickets tu :( Alaaahaaaai. Mintak-mintak, slogan macho lagi cool gua tu dapatlah menambat hati si pemilih pemenang contest tu, AMIIINNN~
Desperate nya bunyi..? Kaaaann!!! Memang desperate pun hahahaha.

"Ya Allah ya tuhanku, kau berikanlah keputusan markah yang bagus lagi cantik dipandang kepada kami iaitu batch '96 yang bakal mengambil results kami tak lama lagi. Kau permudahkan lah segala urusan kami untuk melangkah masuk ke menara gading ya Allah, kau kurangkan kerisauan ibu bapa kami selama ini ya Allah, kau izinkan lah dan berkatilah setitik ilmu yang kami peroleh daripada-Mu yang sebenarnya terbentang luas itu ya Allah. Ya Allah ya tuhanku, semoga tiada di kalangan kami yang gagal dan menghampakan perasaan ibu bapa kami nanti. AMIIINN YA ROBBAL ALAMIN.."

Dah fikir dah ke nak study mana?
Siapa? Aku? Dahhhh~
Mula-mula nak gerak UPSI, tetiba dengar orang cakap... "Kalau kau pinjam PTPTN, lebih baik kau ambik kos yang kau rasa; kau betul betul 100% boleh bawa and bukannya kos yang "Ohh, macam best je, rasa mcm boleh bawak kot". Pilih mana yang kita rasa memang kita minat, senang dapat kerja and boleh bawak!" , berderaauuu jugaklah kan darah den ni haa bila dengan kawan cakap macam tu. Takut, nervous, confused semua ada time tu...

Aku fikir, kalau jadi Cikgu nanti, senang. Dapat banyak benefit. Kuarters free, bayar bil hospital apa semua free, murid cuti maka cikgu pun cuti, Elaun dapat, gaji dapat. BANYAK AH kebaikan dia. Aku pun pelik kenapa cikgu kegemaran aku sendiri cakap "Awak nak jadi cikgu? Takpayah lah. Baik awak cebur bidang lain. Bukan nak cakap apa, tapi serious, fikir elok-elok..", time tu, tengok muka dia, memang agak kesian ah, dia pun macam rela tak rela je jadi cikgu.

So haritu, dah fikir masak-masak, siap buat survey apa bagai. Rasanya, kita yang comel lagi awesome ni nak masuk UiTM je lah. Ambik kos Sistem Pengurusan dan Teknologi Pejabat. Dengar cerita, budak tak suka maths mmg sesuai bebenor ambik kos ni. Aku bukan tak suka, cuma penat ah nak kira. Tapi, overall, maths okay lah. Yang lain semua serah kat takdir Allah lah. Kalau Dia dah tetapkan aku jadi kerani ke, HR ke, apa ke, itu semua kerja Dia. Tu rahsia dia. Aku cuma boleh work my arse off je. Buat and usaha selagi mampu, lain semua serah kat Allah.

So yeah. Kenapa pilih UiTM?
Sebab UiTM punya certificate laku. Kampus dia bersepah and insya-Allah, aku pilih dekat dengan rumah baru nanti :) Plus, kena ah save sikit. Takboleh demand nak belajar kat swasta sangat sebab bawah aku ada 2 orang lagi adik kecik. "Ingat-ingat lah sikit orang belakang". UiTM kan murah sikit so Insya-Allah, takda lah mak ayah den kona ikat perut sebab den ni haa. Boleh lah jugak esok diorang pakai duit tu jaga adik-adik den. Insya-Allah :)

Kay ah, dah sakit pinggang ni duduk lama sangat. Nak lurus pinggang jap. Have a nice daaay whoever you are and jangan lupa senyummm sikit bila nampak orang. Jangan kedekut nak sedekah senyuman murah tu :)

BOOII~

You May Also Like

0 comments