"Manusia tidak berhak mengambil nyawa sendiri kerana nyawa adalah hak Allah.
Belajar Agama ni kan, semuanya aku terasa. Lagi-lagi bahagian "Dosa-dosa besar yang membawa kemurkaan Allah SWT."
Mengumpat lah, berbohong dan menipu lah, Bunuh diri lah.. Ya Allah. Memang kena perli je oh aku dengan buku ni -.- Did u read the lines? "Merasai hidup ini penuh dengan sengsara dan menderita." Errr.... Terasa kuasa 3 doh. "Menganggap & meyakini membunuh diri dapat menamatkan penderitaan." Ya Allah -.- Bodohnya saya ketika itu :P
Tapi anda semua diminta jangan riasau tentang keadaan saya. saya dah boleh kembali berfikir mana satu yang baik dan mana satu yang buruk. Syukur Alhamdulillah Allah masih memberi akal yg waras dekat saya time tu, suruh berfikir yang........ Sebab lelaki sorang je, nak bunuh diri dah kak??? Syukur ke hadrat illahi yg hamba Allah sorang ni still panjang umur and boleh berfikiran positif macam biasa. Kalau tak sebab Allah dgr & makbulkan doa saya, saya taktaulah samada saya masih hidup atau sudah kembali ke pangkuan illahi time ni. Niat nak bunuh diri tu dah ada dah dulu. Cuma plan je tak siap. So, yeah. Niat saya terbatal di situ. Lagipun, saya bukan lemah. Saya kuat ;) Juara lontar peluru sekolah rendah dan menengah kott? ;D Takkan baru kena tinggal oleh kekasih hati, nak bunuh diri kot?
Well, masa tu saya belum boleh fikir dengan betul lagi. Time tu fikir, "Kalau tak ada dia dalam dunia ni, dah tak ada guna dah hidup. Takde motif langsung dah kalau nak teruskan kehidupan tanpa dia. Dan tak ada pengganti dah boleh gantikan tempat dia dulu." Ya, saya memang betul-betul immature time tu -.- Mengalami krisis dunia. Tapi, Syukur Alahmdulillah lah saya tidak meneruskan perjuangan saya untuk menamatkan riwayat hidup saya sendiri. Kalau tak, free-free je masuk Neraka Jahanam. Subhanaullah.
Syukur Alhamdulillah Allah masih panjangkan hidup aku and dengar aduan nasib aku lepastu makbulkan doa aku. Malangnya, aku masih tak faham takdir apa yg Allah dah tetapkan utk aku nii.. Kejap dia hadiahkan aku sorang hambanya yg baik hati bagi aku rasa dicintai and mencintai. Tapi lepastu, dia tarik nikmat aku dengan putuskan friendship kitorang. Dan end up, jadi begini... Classmate dan baru start nak tegur2 semula. Sumpah confuse. Tapi tak apa, aku percaya kepada Qada' dan Qadar Allah SWT. Aku terima dengan Redha apa yg dah jadi dekat aku selama ni or baru-baru ni. Takdir tu di tgn tuhan. Takboleh nak salahkan takdir kalau benda dah tanak jadi. InsyaAllah, ada benda yg lebih baik menanti di hadapan :) Kay, nak study balik. Dah hampir nak pukul 2 pagi ni.. Mengantuk?? Hahaha, gila kau tak mengantuk -.- Tu sebablah aku curi masa sekejap ni utk blogging. Wa manyak bosan ohhh~ :P Kaylah. Goodluck uollz ♥

0 comments