So I admit, maybe I'm little attracted to you.

by - 4/07/2012 12:43:00 am

Penat weh, gelak sorang diri dekat depan laptop ni xD Tegang gilagila dah pipi ni, lenguh pun ada xD Ya Allah.
Tengok video ni, sumpah... Ya Allah. Speechless!
Minit 2:55 sumpah crack to the max sial xD Aku ulang.... 4-5 kali jugaklah. Ni pun, still melekat lagi tab video ni. Japgi nak gelak lagi :P Omgeez! Penat sial~

So, last week aku upload video cover lagu Pumped Up Kicks. Ni baru-baru ni, aku upload baru lagi :3 Marry you <3

Syukur Alhamdulillah, skill main guitar aku dah okay :) I mean, ada peningkatan lah. Takdelah macam dulu. Bila nak tukar chords je, HAAA.. Gelabah kuasa 3 -.- Nak petik guitar lagi, nak nyanyi lagu. Bapak susah! Sekali dah practice tiap2 hari, boleeeh laaa~

Niat pertama aku beli guitar:
Aku nak belajar benda baru. Macam semua org fikirlah, main guitar ni mudah pada pandangan sahaja. Bila dah cuba, Hmmm~ Dapat-dapat pulak orang yg tak ambik class guitar. Class aku based on Youtube and Google je, so yeah :) Aku jealous tengok semua perempuan dekat youtube boleh main guitar dengan Dahsyatnya :O So, nak try lah jugak kan? :P And, nawaitu aku yang paling utama is.... Macam mana nak cakap heh? :P Malu pun ada sebenarnya ni :P Kaylah, cerita je lah.....
Time tu, aku tengah heartbroken gilaaaaaa... Oleh KamuTahulahSiapa. So, aku try-lah nak busy-kan diri. Nak lari from fikir dia, dia, dia and dia. Nak kosongkan otak daripada nama dia main berkejar-kejaran dalam otak aku, nak amankan hati yang balik-balik sakit bila kenangkan apa dia buat kat aku semua. So, yeah :P Hehehe, #PengakuanBeraniMati :P
And, nawaitu yang lain... Anis sebenarnya nak hadiahkan aku guitar. But, kedai guitar yg dia beli guitar dia tu, dah tutup. Dia kan nak pindah pergi Asrama Kedah sana. So, dia nak aku simpan 1 barang yg akan ada kenangan dgn dia.. Something like that lah bunyinyaaaa... So, aku beli je lah dulu. Plus, bila ada masa nnt... Boleh kitorang petik sama-sama :) I love my bebi gurl <3
 
Okay. Memandangkan nawaitu aku beli guitar dah terbongkar.... Hmm... Kita tukar topic :P Taktau apahal kebelakangan aku felt so happy. Sangat-sangat happy. Entahlah.
Aku bukan nak berdendam, tapi.... Aku paling tak suka bila dulu orang tu maki-maki, buang aku mcm sampah, ignore aku sana-sini. and, bila dah tiba time susah mcm ni, baru naaak cari balik and mintak maaf semua.
Aku cuma nak kau rasa, macam mana sakit hati aku dulu. Tapi tu lah, aku tanak berdendam. If kau tak start mintak maaf, benda ni akan berlanjutan selamanya weh :)
 
Baru-baru ni, Ustazah ada cerita pasal maaf-bermaafan. Aku baru tau... Contohlah. Si A ni, buat dosa dengan si B ni. Si A ni suka betul mengumpat, kutuk, benci apa semua dengan si B ni. Tapi dah sampai 1 masa ni, si A ni rasa nak mintak maaf dengan si B ni. Bila kita nak mintak maaf dengan orang tu, kita kena state-kan dekat orang tu, apa dosa yg pernah kita buat dekat dia. So, si A ni pun state-kan lah apa dosa dia pernah buat belakang si B ni. Si A ni pun mintak maaf dengan seikhlas hatinya dekat si B ni. Malangnya, si B tu tanak maafkan si A tu. Ada setengah orang cakap "Aku dah mintak maaf dekat kau. Kau nak maafkan ke tak, tu hak kau. Janji aku dah tunaikan tanggungjawab aku."
Selagi si B tu tak maafkan si A. Si A ni akan forever tanggung dosa, sebab tak dapat keampunan from si B. Haaa! Ayookkk!!! Tatayokkk! So lepasni, takpayah lah nak buat tafsiran sendiri.. Yang kalau dia tak maafkan kita, kita dah kira lepas. Sebenarnya, kita still tanggung dosa tu. Macam mana nak suruh dia maafkan kita? Hahahaha, fikirlah sendiri :)
Aku sumpah tak akan maafkan orang yang betul-betul sakitkan hati aku. Buat masa ni, 3 orang je lah aku memang... Ya Allah. Forever tanak maafkan -.- 1st, ada satu lelaki ni. Dia umur dah 40an lah kan. Sumpah dia dah terguriskan hati aku sesangat-sangat. Dapat-dapat pulak, ni babitkan family aku. Memang bestlah kan? -.-
and sorang ni, perempuan yang... Tak sebaya dengan aku. Dia tuduh macam-macam. Sukati mulut nenek dia je nak cakap apa dia nak. Walhal, aku tak pernah pun buat semua benda tu. Dia suka reka cerita apa semua. Sumpah doh, kau.... Eee! -.-
and yang terakhir, sama baya dgn aku, lelaki, and... entah. Forever sakit hati bila dengar nama dia.
Sedangkan nabi ampunkan umat. Itu nabi, dan aku bukan Nabi. Bukan nak bersikap kurang ajar, tapi... benda betul. Lagipun, masing-masing ada hak kan untuk maafkan or tak dekat orang tu? So, aku tengah gunakanlah ni hak tu.. Macam mana nazak pun kau nnt, selagi kau tak dapat keampunan from orang yg kau dah buat dosa tu.. Hmm, memang tak masuklah kau dalam kubur tu. Nauzubillah min'zalik.

Naaaahhh, tak ada niat nak bragging ke apa. Aku cuma nak share apa yang aku baru tahu, and aku nak tahu-kan dekat semua orang. Tak semua orang tahu benda-benda ni. Nak harapakan baca buku teks agama? Hmm, memang berzaman lah kan. So, apa salah kita gunakan cara ni utk spread-kan berita2 baru mcm ni? :) Hak masing-masing nak buat keputusan apa :)

Sabrina nak pindah USJ4 nanti. Haih! Kenapa ni -.- Baru nak seronok dapat classmate gila mcm tu. Tinggalah Florence, Gurveen and Jesh. Haiyaa~
Florence suka Liam Payne, Gurveen suka Zayn Malik, aku suka Harry Styles :3 Meow <3 Kami classmate yang hebat~
Sumpah doh, harini gila EPIC sial. Rasa macam nak pecah perut gelak oh. My goodness! Sumpah oh, aku.... ya Allah. Dah lama tak rasa se-seronok macam ni :)

Harini first time buat science experiment dalam hidup form 4. Tadi, thermometer group kitorang pecah :( Padahal, group kitorang 'semua' perempuan :P Group Abu Jerem semua pun takde sampai pecah apa semua. Aku rasa, sebab kitorang letak thermometer tu, terlalu dekat dengan bunsen burner kot? Tu yang boleh pecah tu. 1st time sial tengok mercury dalam thermometer tu :O Dia macam liquid, tapi rupa dia macam kaca :D Macam, style gila lah en? :)
Aku dapat serangan Asthma kecil sekejap tadi. Pernah bau tak bau mercun punya... aku panggil 'Blerang', taktaulah apa orang lain panggil :| Tapi serious, kuat gilanakmatisial bau dia. Sekali hirup je udara tu, PERGHHHH! Menusuk jantung sial. Batuk non-stop sial aku tadi.

Kalau boleh, sekarang ni jugak aku nak kawin dengan Harry Styles ni oh. Ya Allah, kenapalah dia ni attractive sangat? Serious, boleh mati oh. Ke-comel-an and ke-hot-an dia buatkan aku cair and rasa.... tak dapat dikatakan perasaan aku tu :P Haa, crack ya Aien malam ni :P Saya rindu kekasih hati saya :( Tapi nak buat mcm mana? Dia taktahu pun aku rindu dia, haiyaaa... #DearCrush, Y U NO SEE ME?! :O
ThankYouForReading ! :)

You May Also Like

0 comments