Please please let me get what I want this time.

by - 12/20/2011 01:52:00 am

Memandangkan sekarang ni dah menunjukkan pukul 12:46 AM. So kiranya, sekarang ni dah Officially hari Selasa lah kan?
and PMR results pun sudah di announce-kan, keluar pada hari Khamis ini iaitu pada 22 Disember 2011, dan tepat pukul 10 AM keputusan dikeluarkan.
Apakah perasaan saya? Saya, Aien Azlina?
Perasaan saya? Huh!

Saya sebagai pelajar perempuan melayu yang bersekolah di  SMK Seafield berkelaskan 3 Amanah berasa :
Sangat teruja dan agak menakutkan dengan kehadiran keputusan PMR ini :| Saya target 5A, tapi rasa macam dapat 2A, rasa macam 1A pun ada, juga turut serta terasa macam tak ada A langsung :| Saya tahu, apa yang telah lepas biarkan ianya lepas. Banyak orang cakap; Aku dah buat yang terbaik dah. So, apa result aku yang keluar ni.. Aku redha je lah..
Untuk pengetahuan pihak ramai.... saya tak buat sebaik habis untuk kertas Science paper 2, Maths paper 1 dan Sejarah. Cukup ikhlas saya cakap. Itulah kertas-kertas yang paling saya takut untuk menerima markah nanti :| Sumpah cuak gilababs dekat kertas Sejarah :|

*tengah tengok Bulletin Utama TV3 dengan Ayah dekat ruang tamu.
Bulletin Utama TV3: Keputusan PMR akan dikeluarkan pada hari Khamis ini, iaitu 22 Disember bertempatkan di sekolah masing-masing pada jam 10 pagi. Semua pelajar diminta hadir ke sekolah, untuk mengambil keputusan masing-masing.
Ayah: Aien, amacam? Boleh ke? :)
Aku: Entahlah ayah. Taktahu nak cakap apa dah ni :|
Ayah: Kau target berapa je?
Aku: Aien target lima A. Tapi rasa macam dapat dua A, rasa macam dua A pun ada, dan ada lah jugak terasa macam tak ada A.
Mak aku menyampuk: Kau dah apahal? Buang tebiat? -.- itu bukan target!
Ayah: Kau ni takde keyakinan diri lah -.-
Aku: Habistu? Ingat anak mak ayah ni, pandai sangat ke?
Ayah: Kau ikut Ayah lah, Aien :) Adik kau tu esok, ikut mak kau :)
Dalam hati aku: panfantatfat ah .

Ni hari ke lima aku risaukan pasal result aku :/
Sebelum aku tidur, mesti aku tenung calendar sebelah katil aku. Aku bulatkan date Dec 22nd tu, and tulis: Results kau dah keluar weh!
Oh fuqqqq! Aku tak sepatutnya buang masa macam tu je oh :/ Sebulan sebelum PMR, baru aku start menggelabah nak belajar itu ini, nak hafal itu ini. Memang tak lah kan? -.-
Time last paper haritu, KHB (ERT).. Dalam otak dah fikir, balik nak bakar buku-buku PMR dah. Ni bila dah nak ambik results, baru terpikir nak buat balik semua-semua kertas -.- Ohhh, bagusnya kau ni aien -.-

Insya-Allah, Insya-Allah, Insya-Allah dan Insya-Allah aku akan dapat keputusan yang cemerlang dan bagus. Kalau dapat 5A pun dah cukup bagus lah :) Kalau aku dapat 5A ke atas, aku puasa nazar. Tapi kalau tak ada rezeki, tak apalah thennn.. Solat sunat istikarah je lah, mengadu dekat Allah. Dah kalau Allah tak izinkan aku nak lulus, nak buat macam mana? Aku dah berusaha "agak" yang termampu laaah. So, apa yang keluar tuuu... sendiri tanggung lah kan? Apa aku buat, itu lah yang aku dapat :)

Aku doakan semoga aku dapat keputusan yang cemerlang, bagus dan agak membanggakan lah. Dan, tak lupa jugak aku doakan semoga semua rakan-rakan seperjuangan aku yg telah bertungkus-lumus dan berhempas-pulas memerah otak untuk PMR ni, mendapat keputusan yang terbaik. Cikgu-cikgu yang telah sumbangkan banyak tenaga untuk murid macam aku ni, terima kasih banyak-banyak lah. Mana cikgu-cikgu yang pilih kasih, yang tak pandai pelajar bengap macam aku ni and hanya focus dekat budak-budak pandai tu punn, hmmm.. May Allah bless you lah.

If mathematics aku dapat A or B, aku akan pergi dekat Pn. Looi and cakap terima kasih tak terhingga dekat dia. Sebab dia sanggup and sudi buat kelas tambahan untuk pelajar terlebih pandai macam aku ni before PMR start. and of course, tak lupa jugak dekat my one and only kawan yang pandai maths, Mohamad Hanif bin Hamzan sebab rajin melayan loyar buruk and soalan-soalan bodoh yg aku kasi dekat dia. Kalau aku jadi dia, sumpah aku malas nak layan orang otak lembab macam aku ni -.-
Ye lah. Mana tak nya? Aku from NOTHING tau. Taktahu apa-apa pun pasal..... kejap.... ambik contoh lah, pasal linear equations. Sumpah aku taktahu apa-apa sial. Bila anep ni ajar, beratus-ratus kali baru aku faham. Eh, ingat senang ke nak dapat kawan nakal, bising, nakal, suka buat lawak bodoh, nakal, suka cari pasal, nakal, suka ungkit segala benda yang kau tulis dekat blog kau pasal orang itu ini, nakal, kaki perli, nakal bagi tunjuk ajar dekat kau? Hah? ingat senang? Itulah orang panggil KAWAN B)
and, gelabah sial Hanif ni bila orang tanya nama Mohamad dia macam mana nak eja -.- Fikir aku nak buat apa? Bomoh-kan nama tu? Oh tolonglah! -.- Tulaaah, selami lagi dalam-dalam cerita Tengtang Dhia tuuu.. Kan dah gabra -.-

and btw,
Saya tengah addicted dengan lagu ni :

semalam aku baca paper.
Aku ada ternampak pasal "Peminat Yuna marah" .
Dalam video tu kan, Yuna punya legging agak terlampau. Sampai nampak bentuk kaki Yuna habiiiis. Kan dia perempuan ber-Hijab. So, agak keterlaluan lah kan pakai legging mcm tu sekali..

Tengah rancak main mention dekat twitter :D
Ammar, Risha, Anep, Fakhri. Dm lagi dengan 2 orang. Ohh lyf3 ;)
Kay, nak sambung tweeting. Boooii ~

ThankYouForReading ! :)

You May Also Like

0 comments