Do I miss you? Everyday.

by - 12/31/2011 01:18:00 am

Sumpah tengah ada banyak benda nak cerita ni.
Cuma taktahu lah, boleh ingat semua ke tidak. Soo,
Imma start with Maharaja Lawak Mega.

Semua orang tau, harini konsert akhir Maharaja Lawak Mega beraksi. Timeline twitter aku sangat laaajuuuu dengan nama Aaron Aziz -.- Semua cakap dia handsome lah malam ni. Marahlah bila camera tak zoom dekat muka dia, asyik zoom dekat muka Dato' Siti jeee... Semua orang cakap, Boboi best lah malam ni. Syok tah apa-apa.
Yaa, dengan bangganya saya ingin menyatakan.
Aku tak ada pun Pakej mustika tu B) Layan konsert2 Maharaja Lawak Mega diorang ni dekat Youtube je tiap-tiap minggu :P Nak buat macaam manaaa en? :/

Okay next!
Aku baru sahaja selepas "Kembang segala organ dan urat dalam badan" aku. Ayat itu dipetik drpd Ammar Effendy.
Aku online facebook sekejap, sebab nak tukar profile picture. Lepastu, tegur Acap. Haritu kitorang chat:
Aku: kau tanak Add maths ke hapa?
Dia: hahaha , tgk la mcm mne. aku da cnfirm aku gtau kau la ;)
*DIA. WINK. DEKAT. AKU. :O
Sumpah rasa nak pengsan sekejap. Tapi takboleh! Aku kena continue chat dgn dia. So, takboleh pengsan lagi.. Agak mengambil 2-3 minit jugak lah untuk aku reply balik dekat dia. Sebab, sumpah aku tengah suka tahap asdfghjkl time tu xD Gatalzzzz xP
Aku: Sebab aku teringat kelas sivik yg awal tahun tu. Kau cakap, kau nak masuk Sastera sebab takde Add Maths :D and Okaaay :)
Acap: hahahahahaha. okay2 , aku pikir btul2 dulu ek ain. terima kasih bnyk2 ingatkan aku :D
*dah boleh nampak, convo kitorang dah nak sampai ke saat-saat akhir. Untuk mengelakkan keadaan yang sungguh Okwed-mokwed, aku pun mintak diri dulu.
Aku: sama-sama kasih :D Kaylah weh, aku nak tengok tv. Chow :)
*Padahal, tengah tweet je pun. Haish Aien :|
Dia: Ouh okay2, byeee :)

ANDDD TODAYYYY ~ ( 11:40 PM, Dec 30 )
Aku: Kau ambik kelas apaaaaa Acap? :O
Acap: Sorry Aien . Lupa pulak aku :D hahaha . Aku amik Sub - p . account . Kau ? :)
Aku: Sastera Ekonomi Asas takde Add maths. beraaani nyaa kau ambik Add maths :O
Dia: hahaha . Entah la . aku amik sastera . Makayah aku buat muka tak puas aty je ==
Aku: kau buat je lah baik-baik utk Add maths kau nnt :)
*Ni part yang paling aku senyum tahap mcm orang tak betul :P
Dia: Ya Allah . Baiknyaa kau nie ! :D Thanks weh :D
Aku: Aku memang baik sejak dulu lagi B| Sama-sama :D
Dia: Kau pun . Goodluck Next Year ! :)
Aku: Thank youuu :) Daaaah tak sama kelas kita kan? Dri drjh 1 smpi tgktn 3 je dpt tahan (Y)
Dia: Ouh . Hahaha . Takapa laa .  Mcm tak leh bersemuka je kan ? :D
Aku: Kau tu kerek sikit -_- Dalam kelas pun, aku yang kena tegur kau dulu. Apakan lagi, next lain-lain kelas.
Dia: hahaha. Alaaa .. Bukan kerek . Malu2 la tuh :P
Aku: Hahahahaha, malu konooonn.. lempang kanggg... Kau sombong laaah -.-
Dia: haha, mana ada. Malu la :D Aikk? DP baru? ;)
*Oh my gosh! Dia main wink lagiiiiiii :'DDDD CAIRRRR*
Aku: Ha'ah, DP baru :) Aku pun nak rajin tukar mcm kau jugak :P
Dia: Hahahaha, Cantik :)
*Astaghfirullahhalaaziiiimmmmmm ~ Tergugat iman aku dia cakap aku cantik tau? Masya-Allah :O

Berat jugaaaak hati ni nak berpisah dengan classmate handsome aku sorang ni :/ ECEWAH, ber-feeling-feeling pulak aku ni :P
Mana tak berat hati? Kitorang dah sama class since darjah satu tau -.- Tak pernah berpisah class. Saaampaaai tingkatan 3 ni haa. Apa semua pasal dia, semua aku dah tahu. Perangai dia masa kecik mcm mana, perangai dia masa dah besar ni haa mcm mana. Haisshhh~
Nak buat mcm mana? Jodoh jadi classmate berakhir masa 2011 ni je haah :/ Haish. Rinduuuu nak main kacau-kacau Acap ni time perhimpunan nanti :/ Rindu nak dengar Acap, Saif and Ammar perli aku, Syana, Neyl gossip: Ni dah episode berapa dah ni? :D
Alaaahaaaai :|

Btw, tahniah kumpulan Osbon sebab menang MLM tadi :) Mr. Os tu pak cik saudara aku. Orang peraaaak. Tapi, aku tetap dengan kumpulan Boboi :D Nak buat mcm mana? Tak ada rezeki kan? :)

So, sekarang ni dah officially Dec 31, 2011.
Ya Allah. Sumpah aku cakap, 2011 tahun yang paling laaaajuuuu gilaaaa dalam tahun-tahun hidup aku -.-
Sumpah rasa macam baru semalam tempah baju sekolah untuk Form 3. Sumpah rasa mcm baru semalam aku gelabah tanya senior2 semua, sekolah start pukul berapa untuk sesi pagi. Ya Allah~

Overall saya nak cakap, 2011 memang tak best :)
2011 lah tahun yang aku dapat tahu, mana satu kawan and mana satu lawan. Tahun 2011 ni jugak lah, tahun yg mengajar aku; Kalau muka lawa, tapi perangai macam cibai tak kemana juaa B) Tahun 2011 ni, dari awal lagi memang aku dah agak tak best and agak tough untuk diharungi :/ Yup, tekaan aku betul.
Aku hilang agak segelintir kawan, and orang yang paaaling aku sayang :) lek laaah. Ini adat dalam hidup :)
Crush tuuu datang dan pergi ;) itu memang kerja diaaa.. nama pun "Crush" kan? Mula-mula, memang kita jatuh hati gilaaa dengan dia. Dapat2 pulak, kalau dia balas cinta kita.. Aww Aww :3 lepastu, dia tinggalkan kita macam tuuu jee.. Tak cakap apa pun O.O Dia tak ckp byeeee ke, selamat tinggal ke, jaga diri ke apa ke.. dia main blahh mcm tu je. And, sebab itulah kita pggl dia crush! Habis remuk hati kita dia main blah mcm tu je -.-
Dah lah aku ada PMR tahun ni, kehilangan pulak orang tersayang. Oh yes, dugaan habis weh hidup aku tahun ni -.- Oh yaa, blog pulaaa dihina pelbagai pihak. Formspring menjadi tempat pergaduhan, dan twitter menjadi tempat mengumpat. Macam-macam ~
And syukur alhamdulillah, Allah dah bagi banyaaak kesabaran and ketabahan dalam diri aku untuk aku lalui semua benda-benda ni :)

Kawan yang janji nak ada time aku susah, semua hilang tah kemana time aku sedih. Tapi bila dia sedih, ada masalah balak/family problem apa semua.. Aku jugak dicarinya. Hmm. Bila orang semua caci-maki aku, dia langsungggg tak ambik kesah. Tapi ramai orang malukan dia in real life, aku jugaaak yg tolong maki balik org yg malukan dia. Hmm, mmg tak ada guna pun dapat kawan mcm ni. Tak kesah lah, jantina dia lelaki kee perempuan keee... perangai semua sama je. Masing-masing kawan, sebab nak rasa best je.
Dulu cakap; Weh, nanti kan... kalau masa-masa yang akan datang, kalau kita gaduh se-besar mana pun. Aku nak kau jadi kawan aku, sampaiii bila-bila tau.
Aku pun taktahu lah, mana janji dia. Malu tau? Kau lelaki, cakap mcm tu dekat perempuan. lepastu, kau yg lupa perempuan tu -.-
Taktahu laaah apa nak jadi. Cepat betul lupa diri, lupa kawan lama. Dah jumpa yang baru, lupa yang lama. Jumpa yang lawa, cantik, lentikkk sikit, yang macam tong drum ni jugak kau buang ketepi. Hmm, semoga Allah balas balik lah apa kau buat dekat aku nii dekat kau :)

So, aku nak make sure tahun 2012 ni tahun yaaaanggg paaaling bermakna. Walaupun, aku terpaksa berpisah dengan kawan-kawan untuk 2 tahun ni. Tak ada dah kelas sebelah-sebelah apa semua. Aku akan make sure, aku takkan ingat langsuunngggg apa kenangan yg aku pernah lalui dengan orang yg tak reti kenang jasa :)
Biarlah cerita-cerita dalam blog aku ni, pupus sendiri. Orang lain nak tengok, tengoklah. Aku dah tak larat nak tengok-tengok balik life aku yang dulu.
Seronok tu, memang lah seronok. Dapat2 pulak, tahun 2010. Semua benda yg aku tak expect, semua jadi :) Aku dapat rasa orang sayang akuuu, aku dapat kawan-kawan yang gila-gila, aku dapat keseronokan yang tak terhingga. and yes, Allah tarik semuaaa benda tu sekelip mata je :) Teruuusss jahanam tahun 2011 aku :) Semua bala aku dapat. Sebab aku seronok sangat tahun 2011 :)

2012 ni, dah nak sampai.
Aku pun taktahu lah apa nak jadi dengan aku. Sama ada perempuan yang selalu berlakon semuanya okay padahal sedih gila nak mati dalam diri ke, apa keee... entahlah.
2011 sumpah aku baaanyaaaak gilaaaa berlakon B) Dekat rumah perwatakan lain, dekat sekolah perwatakan lain, dekat tuition perwatakan lain.

Banyak benda lah jugak aku belajar dalam tahun 2011 ni :) Banyak sangat, sampai takboleh nak cerita satu persatu. Cuma, aku agak banggalah sebab sampai sekarang... Aku masih hidup :D Eh weh, tipu lah kan aku tak pernah plan rancangan untuk bunuh diri? -.-
Hahahaha, apa yg buatkan aku rasa nak bunuh diri?
Okay, macam ni. Cuba bayangkan~
Kau suka gila dekat lelaki ni. Tetiba, dia balas balik cinta kau. uish, seronoknyewww ^^ tapi tu lah. Dia takboleh nak tunjuk dekat kawan2 dia semua, yg dia sayangkan kau, sebab kau ni tak se-lawa mana. Tapi tak apa, kau redha. As long as lelaki tu suka kau, itu sudah memadai. Everyday jumpa dekat sekolah, tak cukup dgn tu, malam pulak chat sampai ke pagi. I love you and I miss you wajib cakap setiap malam. memang seronoklah kan pengalaman bercinta ni :) Tiba-tiba one day, dia blah mcm tu jeee.. Kau dah mcm orang bodoh dah ni O.O Rupa2nya, kau dapat tauuuu... dia dah suka perempuan lain. Bukan main syok lagi diorang keluar sama-sama, ambik gambar sama-sama, post dekat fb byk orang comment ckp diorang cute mcm couple apa semua.
Mahu kau tak rasa nak bunuh diri? -.-
Aku dah fikir, aku nak tikam diri sendiri dah. Aku berlakon mcm biasa. Dekat sekolah, nampak diaaaa jeling je. Kalau boleh, jangan dekat dengan dia 1 inch pun. Nampak muka dia dekat depan sana, patah balik. Kalau nak pergi tandas tuu, walaupun dah tak tahan. Tahan kan jugak, lalu tempat lain. Jauh pun jauh lah ~
Day by day, kau pun dah okaaaayyyyyy ~
rindu tu biasa lah kan? Nak buat macam mana :)

Allah dah ciptakan setiap manusia, ada pasangannya.
Perempuan dengan lelaki, dan lelaki dengan perempuan. Jodoh, ajal dan maut semuanya di tangan tuhan. Takde siapa boleh melawan takdir, sebab takdir tu dah ditetapkan sendiri oleh Allah S.W.T. Kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan segalanya.
Allah bagi kita rasa pahit-pahit ni dulu, sebelum dia hadiahkan benda yang manis. So, tak payah merungut benda tu pahit ke, masam ke, tak sedap ke, apa ke. Terima dengan ikhlas and redha. Sebab, Allah ada simpan lagi satu hadiah untuk kita. Cuma, banyak dugaan yg perlu dijalani untuk dapatkan hadiah tu :)
Takpayah sebok nak cari jodoh tu time umur2 mcm ni haa.. Sah2 takkan boleh bawak sampai ke umur 20 tahun nanti. Utamakan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah, kedua ibu bapa kita dan guru-guru di sekolah. Lain semua benda, tak payah sebok nak utamakan.

Insya-Allah dengan izin Allah, semoga tahun 2012 yang tak lama lagi nak bermula ni, akan menjadi tahun yang penuh dengan kenangan yang terindah. Yang lepas, biarkan lah lepas. Benda dah jadi, kita takboleh patah balik. Apa yang boleh diperbaiki, baiki lah sekarang. Azam tahun lepas, mana tak tercapai tu, capaikanlah tahun 2012 :) Takpayah tggu tahun, sedangkan start esok pun kita dah boleh ubahkan diri sendiri. Cuma malas tu je menguasai diri :)

Insya-Allah jugak, next year aku dengan perlahan-lahannya nak start berubah jadi perempuan dalam hijab :) Facebook tu nanti, aku nak delete semua gambar-gambar. Tutup segala aurat, and hanya bakal suami aku sorang je yang boleh tengok macam mana aurat aku nnt. Insya-Allah, aminn ya robbal alamin.

ThankYouForReading ! :)

You May Also Like

0 comments