We'll make the sky bright, uniting you and I.. ;D

by - 12/09/2010 11:23:00 pm

SEMUAAAAAAA org dok sebok tanya;
Macam mana Sabah? Best? ok?
aku jawab kat sini je lah,
Sabah OK, tapi tu lah, tempat aku dtg ni,
tak berapa nak OK lah ~
byk org pergi melancong apa semua kan dekat Sabah ?
itu semua bahagian dekat Kota Kinabalu tu ~
sebab situ kan mcm Sejuuuuuk je ~

mcm aku ckp kat Post aku yg before this,
tempat aku pergi ni, TOTALLY kawasan PEDALAMAN ~
bila dah turun drpd Flight, naik van.. dlm 1 jam lah sampai..
bila dah sampai situ, naik pulak Perahu Besar, 50 minit..
bayangkan ah, nak sampai ke Pulau yg besar ujung tu ~
nak redah laut lagi..
ngan ombak yg dok tolak2 Perahu tu lagi.. Ya Allah !
if siapa mabuk laut, mmg keluar balik lah apa yg makan tadi ~
bila dah smpi dekat jeti, angkat beg semua,
naik pulak Lori smpi ke rumahnya..
dlm 10 minit camtu ah sampai..
then baru lah sampai rumah dia ~

nak mandi, kena pergi perigi..
ermm.. dr SMK Seafield tu, sampai ke Bus Stop SK Seafield.
haaaaaa, jauh dia mcm tu lah..
dekat sana, Lelaki ada ke, xde ke, mandi je lah ~
berkemban ~
dah x kan nak tungguuuu je lelaki tu balik ?
mmg x ah an ? redah je lah ~
nak tuka baju, PUNYA LAH SEKSA -.-
bila dah balik drpd perigi tu, on the way nak balik tu pown,
dah berpeluh dah..
smpi rumah, dah melekit badan -.-
dah ah mandi Satu hari sekali je -.-
pukul 7 petang tu mandi, then tggu lah esok hari plak.. -.-
seksa en ?? -.-
senang lah ckp TAK, sebab x rasa lagi -.-

kat sana, pukul 8 malam baru boleh bukak electric suma..
tgk TV pown, cerita National Geographic -.-
memang tak ah an aku nak layan cerita mcm tu ?
sanaaa, pukul 8 malam dah rasa mcm pukul 12 pagi~
GELAP GILA BABI ~ dah ah sunyi ~
so, bila dah xde benda nak buat, tidur je lah ~
masa first smpi sana,
pengantin lelaki punya adik, which is Kawan baik aku jugak,
Khairul Hazwan, Form 3.. kitorang pggl Che Wan,
dia tidur sbelah aku..
dia best lah, sebab bawak PSP dia..
aku tgk dia main game, lama2 aku pown tertidur..
dia ckp dia tidur kat tempat lain..
so aku pown mcm x kesah ah..
esok pagi, aku bangun je, dia tidur sbelah aku -.-
dia ckp ah:
OWWHH kau smalaaaam, tidur, Lasaknyaaaaaaa~
Aku: HAHAHAHA, Apahal ? apa aku buat ?? ;D
Che Wan: kan bila org tidur kan, kadang2, dia mcm Terkejut kan?
mcm tu ah kau -.- terlanggar aku, then aku x leh tidur dah..
aku main PSP aku, dr kol 4, smpi 5.. baru boleh tidur..
kau la ni -.-
Aku: HAHAHAHAHAH! terperanjat mungkin ??
Che Wan: dah besa2 pown, nak terperanjat ke -.-
Aku: kau tidur sbelah aku dah kenapa ?
Che Wan: malas nak bangun pergi depan,
tidur sbelah kau je lah :D if sbelah abg aku, nnt berdengkur -.-
Aku: HAHAHAHAHA.. mcm2 ah kau.. nak tidur, tidur je ah,
jangan nak complain2 ~
Che Wan: yelah2, esok aku tidur sbelah kau lagi tau?
n jgn ah terperanjat2 owh -.- vibrate kat aku tahu tak? -.-

n masa malam bersanding pengantin tu..
masa ari ahad lah..
tgh bersangding ni, Electric padam xD
aku, che wan, dayah ngan ada 1 budak 3 tahun ni..
jaga kek kawin kat atas rumah..
yg dayah tu pergi dapur, jaga lauk..
aku ngan che wan, jaga budak kecik tu kat kek..
then tiba2 padam lampu.. dah ah gelap..
budak kecik tu dah:
WAAAA, BABI!!!
*hahahahahaha, terbaik xD
ye ah, dia tgh syok2 tgk kek tu, tiba2 gelap..
che wan dah carik dinding dah xD
Che Wan: apa aku raba ni dowh ?? skali,
teraba anak katak an? GILA AH!!
Aku: kau raba kepala Caca weyh -.- *budak kecik tu
Che Wan: Oh, YA KA?? HAHAHHAAHHA
budak tu dah meraung mcm bodoh dah..
nak turun tangga gelap..
duduk je lah kat situ, dgr budak tu menangis (:
dlm 15 minit mcm tu, dah ada lampu baliiikkk ~

Hari isnin tu, Che Wan dah balik..
so, aku dah xde geng dah.. Dayah tu sebok ngan spupu2 dia -.-
aku malas nak join..
sebab dia asyik berkepit ngan budak2 laki..
aku x suka.. dah ah bahasa dia bapak pekat..
x paham aku -.-
then malam isnin tu..
aku duduk dlm bilik, charge henfon mak aku..
then curi2 text ngan Nini, skali Dayah ngan spupu dia,
masok bilik, laju gila lari..
naik atas katil selubungkan diri dgn selimut..
aku tanya ah: Asal weyh ?
dia: Diam ah! jgn sebok..
*nasib dia anak org je owh -.-
org tanya elok2, nak buat cibai an ? lantak kau ah -.-
malas aku nak layan..
then aku continue je ah text ngan Nini..
then, ada 1 pacik ni masok bilik tu jugak..
pacik tu: HIDAYAH, IDA,
Apa kau buat tadi gelap2 di kereta sana tu ??
Kecik2 sudah pandai berLanjik kau ya ??
*Lanjik means MENGGATAL :P
Pacik tu: Idak ! sini kau, duduk di bawah..
*pacik tu bapak dia..
aku dgr je ah, aku pandang fon je ~
then bapak dia:
Kau kalau tak mau belajar lagi, CAKAP!
x payah kau sambung belajar suda, kawin sajak!
aku malas nak menyebok, so aku keluar je ah ~
then dayah2 tu skali kena marah ah ~
idak kena tendang lah ~
then aku masok balik, sebab bapak dia dah keluar..
Aku: Kenapa ba jugak ni? jgn la kasi aku jadi org bodo ba =.=
Dayah: endak payah lah kau tahu bah !
Idak: beritahu lah saja diaaa.. mau berahsia apa lagi, aii ~
Dayah: taakk.. aku jumpa kawan aku, Wan..
kitorang lepak2 je depan rumah dia.. skali, padam lampunya..
mcm rumah kami la bah, mati generator nya.. jadi gelap la bah~
aku mau balik, tapi endak nmpk ba jugak jalannya ~
jadi aku duduk lah di situ sama Wan tu ~
idak sama kawannya, di atas rumah ~
aku: Jadi ?
Dayah: endak tau la bah..
aku: baik dari awal tadi kau dak cerita -.- bodo ba jugak kau ni -.-
idak: sakitknya jugak pantat ku di tendang, auu ~
Aku: HAHAHAHAHHAA, bodoh! berlawak lagi xD
*sana, pantat tu Bontot :P jgn salah paham :D
idak: yalah, sakit ba ni ~

tu aku malas nak follow dayah ni pergi mana2..
dia mcm GATAL.. suka berkepit ngan lelaki 24/7..
tau ah byk sepupu kat sana en ? -.-
dia ada couple ngan 1 laki ni,
n lelaki yg nama Wan tadi tu, mintak couple ngan dia gak..
if lelaki yg dia tgh couple tu mintak break,
dia break je, sebab dia dah ada spare -.-
before this pown mmg dia slalu buat mcm tu -.-
lepas break, FOR SURE ada pegganti..
x smpi 1 hari dia single -.-
dia nak kejar nama ~
dia kata dia TAK PERNAH TAK LAKU -.-
ya right, esok kau hilang dara, TERlebih laku dah tu -.-
yg aku tidur sbela Che Wan tu pown jadi masalah -.-
Dayah: eeee, ape kelas dowh kau tidur sbelah Che Wan~
Aku: dia yg tidur sbelah aku lah, aku x nak pown!
Dayah: igt2 ah sikit, Che Wan tu ex aku dowh ~
Aku: stakat couple 1 hari, x payah lah weyh ~
Dayah: still EX aku ok ?
Aku: ambik lah dia, ambik ambik ambik! -.- aku x nak pown!
Dayah: x nak aku, aku dah ada 6 org lah, malas nak tambah2 -.-
*dekat situ pown dah boleh nmpk dia nak show off byk laki -.-
bapak LIFELESS -.-
aku tgh tggu je dia lose everything -.-
mmg aku org pertama hanta kad:
SELAMAT HILANG DARA :D
kat dia -.-

bila spupu2 dia semua dah balik,
baru nak cari aku..
bergambar dgr aku lah apa lah -.-
mcm bodoh je -.-
aku pown layaaaaan je laaaaah ~

baju aku hilang, syampu aku hilang, selipar aku hilang -.-
nasib x bawak fon, if tak, fon2 aku skali hilang -.-
seriously dowh, mak aku asyik2 ckp kat diorang:
NANTI KAMI DATANG LAGI YAAAAA :D
"sumpah dowh, aku x nak dah pergi lagi ~
bukan aku x suka, cuma mcm, ntah lah..
x selesa dowh.. aku lebih suka kampung aku..
ye ah, xde electric bila pagi..
kipas pown bila switch on no. 3, mcm no.1 -.-
asl tidur je, bangun, BERPELUH -.-
dah mcm bejogging sambil tidur tahu ?
makanan kat sana, more to ikan masin..
aku dah lah x suka ~
if sambil belacan ngan ikan GORENG sedap :D
ni tidak -.-
mmg tak ah aku nak makan ~
berlapar lah for 1 whole day ~
sebab hari diorang kawin tu, dah ada makanan :D

kat sana, lagu english paling maju pown
Love Story, One Time.. tu jelah ~
oh hah,
masa first2 naik kapal terbang tu ~
masa dia naik tu kan, aku duduk tepi tingkap..
ya allah, boleh rasa kowt~
aku x tgk langsung tingkap!
sumpah GAYAT dowh..
ada stengah org, if phobia, boleh mati tau ~
haaaaa.. jangan bawak main -.-
sp, aku mcm tak biasa lagi an?
so aku pandang mak aku je kat sbelah ~
dlm otak aku dah bayangkan,
if kapal terbang tu jatuh laju2.. mcm2 ah ~
nnt terjatuh atas air lah, terhempas lah xD
mcm2 ah.. aku dah mengucap panjang dah -.-
apa surah yg aku hafal, suma aku dah baca dah -.-
kapal terbang kalau langgar awan sikit en,
dia mcm gegar tau..
aku dah pikir, kalau dia punya enjin mati ke,
then terhempas ke bawah xD
mcm2 ah.. xD
sumpah dowh, takot gila.. masa Awal2 lah :D
then, masa second time tu, tak daaaaaaah :D
alhamdulillah lah, pergi balik selamat (:

Panjang gileeeeeeeeeeee !
HAHAHAHAHA ~
ada byk benda lagi nak cerita, but..
x ingat dowh..
ni je lah buat sementara (:

ThankYouForReading!! :D

You May Also Like

0 comments